Thursday, 6 December 2012

Pengertian dan contoh kata adjektif


Pengertian
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada 9 subgolongan. 
  
1) sifat - baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, cantik, kuat dsb.
 Contoh;
 Sifat berani para pendaki sangat diperlukan untuk meraih kejayaan.


http://www.ilawati-apt.com/wp-content/uploads/2011/12/6-Kata-Berani-Untuk-Meraih-Sukses1.jpg
 
2) warna - merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat dsb.
 Contoh;
 Tulip jingga tumbuh meliar di kaki gunung yang dingin dan subur. 



3) ukuran - pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang,
 Contoh;
 Batu-batu besar seolah-olah memagari kawasan tepian pantai Pulau
 Perhentian.
                                    
 



4) bentuk - bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong dll.
 Contoh; 
 Bumi kita berbentuk bulat dan dapat dilihat dengan jelas di angkasa.
 

5) jarak - dekat, hampir, jauh.
 Contoh; 
 Kincir angin itu terletak jauh di hujung jalan.

 

6) caraselalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, 
    muram, lincah.
 Contoh;
 Bentley SSC Ultimate Aero: Kereta atas darat paling laju didunia.

                                     
   
7) waktu - lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
 Contoh; 
 Mereka lambat datang ke sekolah kerana bas sekolah rosak. 

     
 

8) Pancaindera - sentuh, rasa, pandang, dengar, bau

A) sentuh - kesat, kasar, lembab, halus, licin.
    Contoh;
    Katak merupakan sejenis haiwan yang berkulit licin dan lembap.

B) rasa - sedap, lazat, manis,pahit, lemak, pedas, payau dsb.
   Contoh
   Tart buah-buahan itu cantik dan lazat.

      


C) pandang - buruk, hodoh, jelita, cantik.
    Contoh;
    Gadis jelita sering menarik perhatian ramai.

      

D) dengar - bising, senyap dll.
    Contoh;
    Bunyi yang terlalu bising boleh menjejaskan pendengaran terutamanya  
    bagi kanak-kanak.

   

E) bau - busuk, wangi, hangit, hapak.
   Contoh;
   Bunga harum sedap malam berbau wangi dan cantik. 

      
9) perasaan - Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.
    Contoh;
    Perasaan gembira boleh menenangkan hidup kita. 

  
  

Wednesday, 21 November 2012

Kenalpasti kata adjektif

Kata Adjektif



Kata Adjektif ( Kata Sifat )
 
        Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

A.  Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
(1) menerangkan sifat keadaan;
         seperti sihat dan cantik;
(2) menerangkan sifat warna;
         seperti hitam dan hijau;
(3) menerangkan sifat ukuran;
         seperti tebal dan besar;
(4) menerangkan sifat bentuk;
         seperti lurus dan bujur;
(5) menerangkan sifat jarak;
         seperti hampir dan jauh;
(6) menerangkan sifat waktu;
         seperti lama dan awal;
(7) menerangkan sifat perasaan;
         seperti malu dan gembira;
(8) menerangkan sifat cara;
         seperti lincah dan lambat;
(9) menerangkan sifat pencaindera;
         seperti masin dan harum.

B. Jenis-jenis kata Adjektif
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh;
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh;
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
 Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
 Contoh;
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
Contoh;
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
         Ambil barang masing-masing.

C. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh;
        Baju dia cantik.
        Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh;
        Tenaganya sekuat Badang.
        Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh;
        Cuaca hari ini sangat mendung.
        Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan.
Contoh;
        Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
        Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Friday, 16 November 2012

Mencari ilmu


Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut si dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".
(Riwayat al-Tirmizi).

Selamat bercuti wahai murid-muridku. Semoga kalian akan bertemu lagi dengan gurumu ini pada tahun hadapan, membawa semangat dan iltizam yang baharu. Wajah kalian yang ceria dan sentiasa dahagakan ilmu  sememangnya menjadi pembakar semangat kepada gurumu ini dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pendidik yang amat mencabar dewasa ini.

Semoga segala ilmu yang telah gurumu ini sampaikan akan memberi manfaat kepada kalian dihari muka. Kini, beri peluang pula kepada gurumu ini untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang siswazah @ 'mahasistua'. Sesungguhnya, perjuangan ini baru sahaja bermula dan menuntut penuh kesungguhan dan ketabahan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita sama-sama berusaha dan berjuang dalam meningkatkan ilmu walaupun jalan yang kita lalui dipenuhi onak dan ranjau berduri. Moga, segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan akan diberkati olehNya.