Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut si dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".
(Riwayat al-Tirmizi).
Selamat bercuti wahai murid-muridku. Semoga kalian akan bertemu lagi dengan gurumu ini pada tahun hadapan, membawa semangat dan iltizam yang baharu. Wajah kalian yang ceria dan sentiasa dahagakan ilmu sememangnya menjadi pembakar semangat kepada gurumu ini dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang pendidik yang amat mencabar dewasa ini.
Semoga segala ilmu yang telah gurumu ini sampaikan akan memberi manfaat kepada kalian dihari muka. Kini, beri peluang pula kepada gurumu ini untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang siswazah @ 'mahasistua'. Sesungguhnya, perjuangan ini baru sahaja bermula dan menuntut penuh kesungguhan dan ketabahan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita sama-sama berusaha dan berjuang dalam meningkatkan ilmu walaupun jalan yang kita lalui dipenuhi onak dan ranjau berduri. Moga, segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan akan diberkati olehNya.
Tahniah blog menarik.
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDelete