Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada 9 subgolongan.
1) sifat - baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, cantik, kuat dsb.
Contoh;
Sifat berani para pendaki sangat diperlukan untuk meraih kejayaan.

2) warna - merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat dsb.
Contoh;
Tulip jingga tumbuh meliar di kaki gunung yang dingin dan subur.

3) ukuran - pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang,
Contoh;
Batu-batu besar seolah-olah memagari kawasan tepian pantai Pulau
Perhentian.

4) bentuk - bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong dll.
Contoh;
Bumi kita berbentuk bulat dan dapat dilihat dengan jelas di angkasa.
5) jarak - dekat, hampir, jauh.
Contoh;
Kincir angin itu terletak jauh di hujung jalan.

6) cara - selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas,
muram, lincah.
Contoh;
Bentley SSC Ultimate Aero: Kereta atas darat paling laju didunia.

7) waktu - lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
Contoh;
Mereka lambat datang ke sekolah kerana bas sekolah rosak.

8) Pancaindera - sentuh, rasa, pandang, dengar, bau
A) sentuh - kesat, kasar, lembab, halus, licin.
Contoh;
Katak merupakan sejenis haiwan yang berkulit licin dan lembap.

B) rasa - sedap, lazat, manis,pahit, lemak, pedas, payau dsb.
Contoh
Tart buah-buahan itu cantik dan lazat.

C) pandang - buruk, hodoh, jelita, cantik.
Contoh;
Gadis jelita sering menarik perhatian ramai.

D) dengar - bising, senyap dll.
Contoh;
Bunyi yang terlalu bising boleh menjejaskan pendengaran terutamanya
bagi kanak-kanak.

E) bau - busuk, wangi, hangit, hapak.
Contoh;
Bunga harum sedap malam berbau wangi dan cantik.

9) perasaan - Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.
Contoh;
Perasaan gembira boleh menenangkan hidup kita.

Tahniah..info yang manfaat
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen anda...
ReplyDelete